Pengenalan

Imunologi Pemakanan – Gerbang ke Arah Kehidupan yang Lebih Sihat

Kajian Sistem Imun

Sejak dahulu lagi, saintis telah berjaya mencipta ubat-ubatan yang mampu merawat penyakit tertentu. Namun begitu, mereka masih belum lagi menemui pengganti yang berkesan kepada sistem imun yang kuat, yang mana berkemungkinan besar tidak wujud.

PemakananKita biasanya menganggap bahawa penyakit dikaitkan terutamanya dengan agen berjangkit. Sepanjang kemajuan perubatan dan peningkatan taraf hidup, saintis telah menggunakan segala jenis ubat kimia untuk mencegah daripada merebaknya virus dan agen bakteria. Hari ini kita menghadapi suatu cabaran kesihatan yang baru iaitu penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Apabila berhadapan dengan penyakit berbahaya ini, kita mula sedar akan kepentingan pencegahan melalui pemakanan seimbang.

Sistem ImunWalaupun “pemakanan” dan “imunologi” dahulunya merupakan bidang ilmu yang berlainan tetapi hari ini kita menyedari bahawa kedua-dua ilmu sains itu perlu digabungkan untuk kebaikan sistem imun manusia. Pemakanan yang tidak seimbang, tabiat hidup yang tidak sihat dan pengetahun yang tidak mencukupi boleh menjejaskan fungsi imun. Tanpa sistem imun yang berfungsi dengan baik, kita tidak mampu melawan mikrob yang mengancam kesihatan kita seharian.

DemamMencari penawar kini tidak lagi memeadai untuk melawan penyakit. Pencegahan ialah kunci kepada kesihatan yang lebih baik dan Imunologi Pemakanan mampu memberikan kita pengetahuan untuk mendapatkannya. Menurut imunologi pemakanan, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah dan hilang keupayaan untuk melawan penyakit. Jadi, apabila ia berfungsi dengan baik, sistem imun mampu melawan penyakit, malah dapat menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam persekitaran kita.

Dr.Jau-Fei ChenMenyedari hakikat bahawa pencegahan mampu menyelesaikan masalah kesihatan dengan lebih berkesan berbanding mencari penawar, Dr.Jau-Fei Chen berjaya menemui hubungkait yang pasti di antara nutrien yang ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi imun sistem. Menurut sains imunologi pemakanan, tumbuhan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba membekalkan sumber yang kaya dengan nutrien yang diperlukan tubuh. Malah, fitokimia yang ditemui pada tumbuhan dipercayai boleh menghalang lemak pemakanan daripada merangsang pertumbuhan tumor, mencegah pertumbuhan mikrob dan memperbaiki lipid darah kolesterol. Persatuan Kanser Amerika yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang dapat mencegah akibat kanser.

Kehidupan di alaf baru yang penuh dengan pelbagai ancaman kesihatan setiap hari menyedarkan kami bahawa tugas utama kami adalah untuk memastikan penyelidikan dan pendidikan sentiasa berterusan untuk memastikan kita semua hidup sihat. Pendek kata, kehidupan ini hanya benar-benar bermula apabila kesihatan kita berada pada tahap terbaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: